Tuesday, September 10, 2013

Melayu Mudah Lupa (In Tribute To Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Ku terlihat wajah-wajah yang tidak asing
Di dalam diri setiap insan yang bergelar Melayu
Satu wajah yang tidak pernah berubah
Melayu Mudah Lupa
Kerana melayu suka bersopan santun
Tapi tidak mahu berbudi kepada orang lain
Kerana melayu punya adat yang disanjung
Tapi hanya berpegang kepada kepentingan sendiri
Kerana melayu menjulang ketinggian darjat
Tapi meludah kejatuhan saudara sendiri
Berpaling dan tidak endah
Menutup mata yang tidak buta
Membisukan mulut yang masih petah
Memekakkan kedua-dua telinga
Lalu mengagungkan rasa malu yang membenih
di dalam diri kerana tidak sanggup
Menjadi berbeza daripada keramaian orang
Walau pengemis sedang menghulur tangan
Meminta secubit simpati untuk dipinjamkan
Tetap jua! Melayu Mudah Lupa
Kemanjaan yang dipelihara dalam diri mereka
Dibiarkan menjadi bisik yang menghasut jiwa
Supaya saat kesusahan tiba
maka mereka mencari orang untuk disalahkan
Namun apabila diri mendapat kesenangan
Melayu mencari pentas puji-pujian

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perutnya, Melayu senang sendiri.

No comments:

Post a Comment