Si Gadis Berbaju Biru
Rangkap 01: Saat Pertama Mengenal Cinta
Rangkap 02: Persahabatan Itu Juga Satu Cinta
Rangkap 03: Bidadari Yang Lalu Di Hati Ku
aku adalah masa lalu mu yang telah kau lupakan
begitu juga aku yang telah melupakan mu
namun tidak rasa cinta yang telah dititip oleh takdir
ke dalam bicara-bicara memori yang kita ketepikan
kerna seenak-enaknya dibuai dalam keindahan masa yang sekarang
hati ku masih compang di sana dan di sini
akibat telah kehilangan hal-hal penting dalam hidup ku
iaitu memori yang mengikat aku dan dan diri mu
walau jarak zahir kita sudah tidak akan bersatu lagi
namun ibarat gugurnya kelopak-kelopak sakura ketika luruh
sepantas lima sentimeter sesaat hati ku semakin menyentuh mu
ku mohon dengarlah wahai si gadis berbaju biru
kerna hati ku telah diketuk oleh satu seruan
untuk kembali meraih masa indah saat cinta pertama
berputik di hati ini
tidak terlihatkah salju yang jatuh ke bumi?
di setiap ketul-ketul salju itu ku terlihat memori ku akan kamu
saat ia terhempas ke tanah percikannya membuat ku tersenyum
kerna gadis, aku senang mengingati diri mu
yang sering tertawa manis dengan rakan-rakan mu, dengan aku
keceriaan itulah yang mengucup aku dengan rasa yang sejuk
namun menjadi suam saat ia tiba di degup jantung ku
fahamilah wahai si gadis berbaju biru
aku ini tidak ingin mencuri engkau daripada hari yang sekarang
aku cuma punya hati yang meronta, namun wajah mu menjinakkannya
pinjamkan sahaja aku sedikit lagi kesenangan yang terpancar
di sebalik rekahan-rekahan pohon persahabatan kita
semoga aku akan bisa terus termenung di hujung rantingnya
dan mula membuang rasa tidak percaya
dan mula mengenal semula rasa cinta aku kepada mu
insan manakah yang bisa berpaling daripada cinta?
saat cinta mengetuk hati mereka di dalam sunyi
cuba membuka semula tabir-tabir kerinduannya
yang ditutup oleh masa dulu-dulu
begitu jua kehadiran mu semula wahai si gadis
aku tidak layak mengagungkan mu ibarat permaisuri
tapi aku ingin menyanjung mu di dalam terowong masa
agar engkau menjadi penjaganya
dan aku tidak akan bisa melupakan diri mu
bisakah begitu wahai si gadis berbaju biru?
bisakah aku menatap potret-potret persahabatan
antara kita berdua sebagai motivasi diri
ah, aku mencintai mu sepenuh sedar ku
dan aku merindu lagu tawa mu
wahai si gadis berbaju biru
izinkan aku terus memuji mu kerna aku berterima kasih
kau adalah senyuman ku, kau adalah punca senyum ku.
No comments:
Post a Comment