Monday, September 9, 2013

Aku Pelajar


  • aku pelajar mencari jalan yang lurus dalam tata harian mencari nafkah buat jiwa yang kejahilan dalam ufuk dunia yang begitu mencabar agar langkah kaki ini tidak tersandung jatuh dan tersadai bersendiri di kaki gunung lalu dilupa oleh dunia dan mati tiada makna
    aku pelajar menongkatkan kaki yang muda dan lemah melompati jurang yang membuat aku terpisah daripada pelukan ibu serta ayah sedang separuh hati ku tertinggal di sisi mereka rindu yang begitu berat di dada meronta namun kerana ilmu dan kerana mereka namun kerana agama dan kerana ALLAH ku lalui setiap satunya dengan kepenatan agar aku bisa menyambut manisnya kejayaan
    aku pelajar punya tekad selemah dedaun di pohon yang kering kerana aku hanya manusia gering, dan sendiri namun perjuangan ku tidak berhenti dengan adanya sahabat di kanan kiri maka aku wajar memuji mereka dengan rasa kasih yang tulus dan ikhlas serta memori kita bersama
    aku pelajar tidak bisa mendabik dada dengan ilmu jiwa ku besar dalam mencari pendidikan tidak akan berhenti di atas sini akan terus belajar dengan penuh tekun, sabar, dan berani demi mencari redha Tuhan Yang Esa kesyukuran dipanjatkan hanya untuk Dia untuk hari yang aku, pelajar, nanti-nantikan

No comments:

Post a Comment