Wednesday, September 25, 2013

Amanah Pelangi Kelmarin

patriotisme sudah semakin dangkal
anak muda Malaysia kini jauh tertinggal
terambing ombak perubahan masa
tonggak kemajuan menuntut harganya

di mana nilai sebuah negara?
dulu ibarat anak yang ditatang cinta
sebagai pelengkap resepi perpaduan
sebagai menu menambah senyuman

di mana nilai sebuah negara?
dan di mana nilai patriotisme?
jika senja yang kita duduki kini
hanya menjadi alasan untuk perang
demi untuk diri sendiri, mahu menang

aku yakin, andai kita mampu
menanam semula benih kasih pada tanahair
dan menyemainya tanpa mangkir
melafaz rukun tanpa mungkir
kita akan dapat meraih emas
hasil titik peluh, dan tidak bersendiri
tapi bersama seluruh generasi.

No comments:

Post a Comment