dahulu ada takdir yang mendatangi,
singkapan tabir daripada Tuhan Rabbul Izzati,
ujian yang berat untuk seorang insani,
namun gagal. kerna terikut amal yang kiri.
dahulu ada takdir dalam kehidupan,
sebagai jalan membetul diri dan iman,
tapi bersamanya adalah das-das ujian,
masih gagal mencapai ihsan.
ya Tuhan, hamba ini orang yang sangat kasihan,
jasad yang jiwanya mati kerna kezaliman,
roh yang sangat resah dan kedinginan,
namun, takdirMu datang bersama rahsia yang tersimpan,
serta didikan dan kasih yang berterusan.
aku adalah hamba yang menerus berdosa,
tapi Tuhan ku ialah Rabb yang senantiasa menjaga,
aku adalah hamba yang bertindih nista,
tapi Pencipta ku ialah Tuhan Yang Maha Kuasa,
----
nanti saat ku hembus nafas terakhir,
semoga hati ku menjadi fakir,
semoga aku tidak mengafir,
kerana aku abdi yang banyak kikir,
dan bangku ku di sana; adalah di tangan Pemilik takdir.
amin ya Rabbul al-Amin.
No comments:
Post a Comment