Makkah
Tanahnya kering subur
di tempat tumbuhnya pohon kurma ini
ada keamanan; walaupun di bawah terik mentari
sungguh, di sepanjang perjalan menuju
ke Tanah Haram; wajah ku disambut oleh kucupan pepasir
yang berterbangan bersama bayu
sedang ia pula menyapa lembut di tulang-tulang ku
dan juga sirupan udaranya yang nyaman
membasahkan tekak ku yang sedang kekeringan
berada di kota ini hati menjadi sayu
walaupun langkah begitu ringan
kerna aku sedar bahawa tapak ku berpijak
di tanah para kekasihNYa
aku dapat merasa mereka berlalu-lalang
serta wangian firdausi mereka yang menjemput air mata ku
dan, seakan berbisik, aku mendengar mereka memberi salam
mereka yang sedang enak bertasbih; hati mereka bertemu Dia
aku mendengar lafazNya; aku merasa suam bersama kekasihNya
di sini; para peniaga yang sibuk berjual-beli
meninggalkan barang dagang mereka sebaik mendengar azan
di sini; para musafir yang datang menjenguk
sedang enak meneguk air daripada sungai rahmat Tuhan
Makkah
tempat labuhnya sayap-sayap keimanan
tempat dahi mencium bumi, hati terbang ke langit
dengan memakai baju kain berwarna putih yang dibalut pada tubuh
sedang roh pula memeluk Masjidil Haram
di tengahnya kiblat dititikkan; Kaabah yang mempesona
di bandar cinta ini ada kerinduan yang mencabut
segala cinta duniawi; cinta-cinta itu menjadi habuk dan debu
sedangkan pada awalnya ku sangka emas dan permata
wahai tanah yang menyambut kelahiran Muhammad
terimalah lawatan ku, kerna aku adalah hambaNya
yang menggendong gunung-gunung dosa
tapi jiwa ku tetap menyimpan rasa rindu
yang teramat terhadap mu.
No comments:
Post a Comment