anak muda! wahai kamu, anak anak bungaran!
kelayakan kamu adalah kebodohan dan buta hati
celik di mata, petah di bicara, tubuh pula perkasa!
tapi cetek di akal, terlalu muda untuk cerdik
tidak boleh diuji sedikit, seluruh dunia kau herdik
kau ubi baru masak, masih panas darahmu
kau pohon baru tumbuh, masih lembut azammu
kau anak rusa masuk kampung, masih bingung
anak muda! isi dadamu bagai lopak di tepi jalan
masih jauh lagi untuk menjadi seluas lautan
kau tidak pandai, kecuali pandai mengerti kau bodoh!
anak muda yang pandai adalah yang tahu bodohnya
tahu dia selok belok kekurangan pada dirinya
jadilah orang yang merasa bodoh, dengan itu ia belajar
jangan jadi orang temberang cerdik, dengan itu ia kurang ajar
ilmu adalah tumbuh tumbuhan -- bunga bungaan
ia tumbuh nan cantik di tanah yang sihat dan subur
akhlak dan kerendahan hatilah yang memberinya luhur
anak muda! perjalanan hidup banyak penipuan
dan penipu terbesar adalah jiwamu, nafsumu sendiri!
jangan besar kepala anak muda! jangan jahat sama insan
jangan terburu buru anak muda! berjuang perlu perancangan
kau bodoh lagi tidak mahu belajar, jadilah kau sesat!
aduh anak muda, jika kau mahu mengaku kebodohanmu
dan mencari jalan keluar darinya dengan sabar dan ilmu
pasti kau boleh bertemu keselamatan di hari tuamu
dan jangan walau sekali kau fikir bahasaku kasar, ia penuh kelembutan
penuh kasih sayang.. penuh kerisauan buatmu dan aku
kerna aku pula cuma anak muda, tidak rela di hati
melihat jiran-jiranku, hidup malang dalam keperitan!
No comments:
Post a Comment