Jangan bersedih, senyumlah
kerana senyuman itu ubat dukamu
senyumlah dari hati.
Senyum dengan senyumanmu yang cantik
yang membuat aku dulu jatuh cinta.
Jangan bersedih, tertawalah
dengan sopan dan penuh ria
kerna hati mu itu sangat istimewa
dirimu itu sangat berharga.
Jangan bersedih, gembiralah
dalam adab Saidatina Fatimah
puteri kesayangan Rasulullah
bukankah dia az-Zahra?
bunga yang mekar nan indah
Jangan bersedih, bersenanglah
kerana dalam payah hari-harimu
kau tahu, Allah tidak leka menjagamu
dan Dialah yang Maha Lembut
jika ada yang cinta padamu
tiada yang lebih dahulu berbanding Dia
jika ada yang terlalu sayang padamu
tiada yang lebih hebat berbanding Dia
oleh itu tiada yang lebih tahu hatimu
selain Dia.
oleh itu jangan bersedih, tenanglah
kerana kamu tidak sendiri
dan tidak akan pernah sendiri.
setiap titis air mata itu, ada Yang Menemani.
No comments:
Post a Comment